Alhamdulillah pada 21/10/2008 genaplah sebulan kami di Idstein German....sekarang waktu solat sebab waktu malam dah semakin panjang...pukul 5pm dah gelap macam pukul 7.30...masa pun dah diarah dikurangkan sejam lagi..maknanya beza waktu antara M'sia dan German sekarang ni adalah 7jam berbanding dulu 6jam. Jam di German dikatakan perlu ditukar 2 kali setahun...bukan di German saja tapi di semua negara yg mengalami 4 musim...
Waktu solat sekarang ni dah berubah...waktu subuh pukul 5.05, zohor 12.12, asar 2.43, maghrib 5.12 dan Isyak 6.55pm....dan memang bertuah bagi sesiapa nak qada' puasa atau puasa sunat....suhu pula pagi dalam 1-3 darjah celcius, tengahari 8-9 darjah celcius manakala malam pula dalam 4-5 darjah celcius...sebab itulah mereka di sini biasanya mandi dua kali seminggu...bukan dua kali sehari ye.....
... dan di akhir bulan Oktober ini kami sekeluarga telah mengikuti kelas bahasa German. guten tag (good day)... guten morgen (selamat pagi)....guten abend (selamat petang)....eins (satu)...zwei (dua) ...drei (tiga)....veir (empat)...fuenf (5)....begitulah antara perkataan yang diajar kepada kami....
Sebenarnya kali ini ingin membuat rumusan berkaitan kehidupan di German ini sepanjang sebulan berada di sini.
Pertamanya berkaitan komunikasi..... antara perkara yang dapat di analisa ialah negara german maju walaupun mereka menggunakan bahasa mereka sendiri....bermula dengan TV, suratkhabar, pasaraya....dan boleh dikatakan semua aspek mereka menggunakan bahasa mereka sendiri....sehinggakan papan tanda hanya menggunakan bahasa mereka berbanding M'sia yg menggunakan 2 bahasa...Eng dan Melayu. Ini memang menyukarkan pelancong dan bagi mereka yang pertama kali ke German. Golongan Profesional di sinipun tidak pandai berbahasa English...ketiga-tiga anak kami telah dijangkiti Chicken Pox...oleh kerana hendak mendapatkan surat akuan mengatakan anak2 kami telah boleh ke tadika maka kami dikehendaki berjumpa Dr...Dr pertama yg kami jumpa tak boleh berbahasa Eng..tapi boleh faham sikit-sikit...oklah...asal dia faham apa yg kami beritahu dia...tapi itupun dengan kehadiran Course Administrator yg tolong translate apa yg Dr tu cakap pada kami...kebetulan anak kedua mesti dirujuk ke pakar kerana ada sedikit masalah telinga...apa yg mengejutkan...Dr pakarpun tak boleh berbahasa Eng dan hanya boleh memahami sedikit sahaja bahasa Eng dan terpaksalah minta bantuan staf dia yg boleh sikit-sikit berbahasa Eng...macam mana mereka ni boleh jadi Dr dan pakar tanpa bahasa Eng?Mengapa kita tak begitu...malahan kalau kita tak boleh berbahasa Eng nampak macam kita ni tak berapa pandai...
Buku2 di Universiti juga boleh dikatakan 98% dalam bahasa German..2% lagitu buku2 untuk student International...komputer juga disetup dalam bahasa German...sehinggakan keyboardpun ada khusus untuk org German kerana terdapat huruf2 mereka yg pelik seperti
β,ϋ,€,ö,ä....kedudukan hurufpun bertukar..susah juga nak guna komputer kat Uni ni..sesekali terasa macam mereka ni tak welcome saja student dari luar datang ke sini...
Kedua ..
Kat sini health insurance diwajibkan untuk semua org..macam kita kat M'sia..lahir-lahir jer baby..yg wajib adalah suntikan imunisasi tapi bagi baby kat sini...lahir-lahir jer..perkara pertama mereka kena buat adalah dapatkan insurance...takder insurance..takder rawatan...sedikit pengalaman kami...
anak-anak kami mengalami Chicken-pox..tapi untuk berjumpa Dr mesti ada Kad Health Insurance dulu..kalau takder maknanya takder saper nak rawat...masalahnya bukan kami tak apply health insurance..tapi pihak insurance pula menetapkan bahawa kalau nak dapatkan health insurance wajib tercatat dalam visa kami bahawa kami akan menetap di German lebih dari satu tahun...jadi dengan secepat mungkin kami perrgi ke Bad Schwalbach (pejabat majlis daerahlah lebih kurang)..di sana pula untuk mendapatkan kelulusan menetap di German lebih dari tiga bulan...suami saya mestilah ada sijil bahasa German..siapa yg boleh pandai cakap German kalau hanya berada di sini tak sampai seminggu? Mujur ada yg menolong jadi requirement tu dibatalkan untuk kami sekeluarga..Alhamdulillah...selepas sehari dapatlah visa yg tercatat di dalamnya kami dibenarkan tinggal di German selama 1 tahun...(tak boleh juga 2 tahun...tapi takperlah sekurang2nya pihak insurance tak terlalu rigid bila lihat kami bukan di sini sebagai pelancong). Dalam tempoh menunggu untuk dapatkan Kad Health Insurance anak2 saya tak boleh dapatkan rawatan...nasib baiklah saya ada bawa banyak bekalan ubat...so tak jadi masalah besar...2 minggu berlalu dan anak2 saya sembuh dengan sendirinya...tapi masalah lain pula timbul bila pihak tadika tak benarkan anak2 saya ke tadika kecuali ada surat dari Dr mengatakan bahawa anak2 saya dah benar2 sembuh...pulakkk..masa sakit kita nak pegi jumpa Dr tak boleh...masa sihat pulak kena pergi jumpa Dr...(sebenarnya sampai hari ni saya masih belum menerima Kad Health Insurance lagi)..jadi saya katakan pada Supervisor saya bagaimana nak pergi jumpa Dr...kad masih belum diterima...mulanya dia suruh saya tunggu hingga saya ada kad...tapi saya naik marah sebab saya dah lama menunggu...saya bayar untuk hantar anak2 ke tadika bukan murah...dan saya tak mahu bazirkannya..anak2 saya hanya sempat ke tadika selama seminggu sebelum mereka mengidap Chicken -pox...bukan itu saja..tahulah kalau budak tengah nak besar...bukan boleh duduk diam..jadi masalahnya pada sayalah...tak boleh nak buat assignment kalau anak2 ada dirumah...nak guna pc di Uni, tak faham bahasa German...so kena buat di rumah juga..akhirnya kami pergi juga jumpa Dr tanpa Kad Health Insurance tapi dengan jaminan bahawa saya telah mendaftar cuma kad masih belum saya terima..fuhh susah...
Ketiga...
berkaitan pergaulan...di kampung yang kami tinggal ini tiada kedai kopi...kedai nasi lemak...boleh berborak pada waktu minum pagi...petang atau malam...tapi semuanya tiada di sini... mungkin disebabkan cuaca yg sejuk mereka lebih suka sarapan di rumah saja.... kalau di Kota Bharu ada 'kedai ppati' iaitu kedai nasi bungkus yang dijual dengan harga RM1.50 nasi kerabu dibuka sehingga ke malam. So di sini kurang komunikasi antara jiran-jiran. Ada juga saya bertanya pada classmate berbangsa German mengapa org di sini lebih suka terperap dalam rumah..katanya mereka keluar pada waktu summer nanti...pelik...ada buruk dan ada baiknya sikap macam ni...buruknya kita tak tahu masalah jiran kita..tapi baiknya kurang dosa mengumpat...he he
Keempat..
antara sistem yang bagus di sini ialah kebersihan. Setiap keluarga dikehendaki menggunakan tiga tong sampah iaitu tong biru untuk kertas, hitam untuk kaca dan tin, coklat untuk sisa-sisa biologi serta plastik kuning untuk plastik. Jadual mengambil sampah diberi kepada setiap keluarga. Kandungan didalam ketiga-tiga tong ini tidak boleh dicampur aduk....jika bercampur lori mengangkut sampah tidak akan mengangkut tong untuk keluarga tersebut. Maka kena tunggu next collection...tapi kalau next collection pun didapati tak diasingkan juga..mereka tetap tak ambil...
Lori pengangkut sampah pun berbeza2...untuk plastik,kertas dan biology..mereka recycle semua sisa buangan...itu yg patut M'sia contohi...sebabtu negara mereka bersih.
Kelima
Jikapergi ke pasar atau pasaraya perlu membawa sendiri beg atau plastik untuk membawa balik barang yang dibeli. Kalau tak bawa kenalah bawa di tangan...tapi kalau nak juga plastik..mereka akan charge..mungkin sebabtu org tak buang plastik merata2 (sebab mereka beli plastik tu)....
Keenam
harga minyak petrol sentiasa berubah-ubah. Di bandar Idstein ni terdapat stesen minyak Shell seperti di Malaysia... baru-baru ini semasa harga minyak dunia meningkat harga di sini 1.75 Euro. Sekarang bila harga minyak dunia jatuh maka harga minyak sekarang 1.25. Boleh dikatakan setiap hari harga minyak berubah....dan berbeza2 antasa satu stesen dengan stesen yg lain..dan ia betul2 bergantung dengan pasaran minyak dunia... sykt station minyak yg menentukan sendiri harga minyak yg mereka nak jual tanpa penglibatan kerajaan.
Ketujuh..
memasak disini menggunakan eletrik...mula-mula tu boring jugak nak bagi plat pemanas tu panas...ambil masa 5-6 min, pastu nak tunggu periuk pula panas...lama betul.. mungkin juga disebabkan periuk yang digunakan disini tebal2 dan berat2 semuanya.....entah keluli apa yang mereka gunakan... nak basuhpun susah. Memasak pun tak syok sebab dah biasa guna api gas... masa pegi ke jamuan Hari raya di Frankfut aritu pun ada tanya Chef Ismail tu....samada dia gunakan letrik untuk memasak.... dia jawab terpaksa cari gas juga untuk memasak. Chef terbaik di dunia ada mengatakan kalau memasak kena guna gas baru sedap..
bab sedap satu hal...bab bil letrik satu hal lagi...dahlah mesti pasang pemanas dalam rumah 24jam supaya tak beku dalam rumah...pemanas air dalam bilik mandi lagi...pemanas air untuk sinki basuh pinggan lagi...huii tak tahulah berapa bil letrik kami...bil sehingga catatan ni ditulis masih tak sampai lagi..bukan nak mengada2 nak mandi atau basuh pinggan guna air panas...tapi air kat sini dah macam ais batu...mahu tak mahu kena pasang pemanas air juga...
ok lah hingga ke catatan lain...
danke schoen (terima kasih)....
thus (bye)...